Kisah
Sayyidina Ali Dengan Dua Malaikat
Kisah
ini diriwayatkan Ja’far bin Muhammad, yang memiliki sanad dari ayahnya, lalu
dari datuknya. Suatu ketika, datuknya Ja’far menceritakan bahawa Sayyidina Ali
bin Abi Thalib karramaLlahu wajhah mengunjungi rumahnya selepas silaturahim
kepada Rasulullah.
Di
rumah itu Ali menjumpai isterinya, Sayyidah Fatimah, sedang duduk memintal,
sementara Salman al-Farisi berada di hadapannya meminta S.Fatimah membuat kain
untuknya.
“Wahai
perempuan mulia, adakah makanan yang boleh kau berikan kepada suamimu ini?”
tanya Ali kepada isterinya.
“Demi Allah, aku tidak mempunyai apapun. Hanya enam dirham ini,
kos upah dari Salman kerana aku telah memintal kapas untuk membuat kain yang
diminta olehnya,” jawab S.Fatimah. “Wang ini ingin aku belikan makanan untuk (anak kita) Hasan dan Husain.”
“Bawa
kemari wang itu.” Fatimah segera memberikannya dan Ali pun keluar membeli
makanan.
Tiba-tiba beliau bertemu seorang laki-laki yang berdiri sambil
berujar, “Siapa yang ingin memberikan hutang (kerana) Allah yang maha menguasai
dan mencukupi?” Sayyidina Ali mendekat dan langsung memberikan enam dirham di
tangannya kepada lelaki tersebut.
Fatimah
menangis saat mengetahui suaminya pulang dengan tangan kosong. Sayyidina Ali
hanya boleh menjelaskan peristiwa secara apa adanya.
“Baiklah,”
kata Fatimah, tanda bahawa beliau menerima keputusan dan tindakan suaminya.
Sekali
lagi, Sayyidina Ali bergegas keluar. Kali ini bukan untuk mencari makanan
melainkan mengunjungi Rasulullah. Di tengah jalan seorang Badui yang sedang
menuntun unta menyapanya. “Hai Ali, belilah unta ini dariku.”
”Aku
sudah tak punya wang sesen pun.”
“Ah,
kau boleh berhutang dahulu, boleh dibayar nanti.”
“Berapa?”
“Seratus
dirham.”
Sayyidina
Ali sepakat membeli unta itu meskipun dengan cara hutang. Sesaat kemudian, tanpa
disangka, sepupu Nabi ini berjumpa dengan orang Badwi(orang Arab kampung)
lainnya.
“Apakah
unta ini kau jual?”
“Benar,”
jawab Ali.
“Berapa?”
“Tiga
ratus dirham.”
Si
Badwi membayarnya tunai, dan unta pun sah menjadi tunggangan barunya. Ali
segara pulang kepada istrinya. Wajah Fatimah kali ini tampak berseri menunggu
penjelasan Sayyidina Ali atas kejadian yang baru saja dialami.
“Baiklah,”
kata Fatimah selepas mendengarkan cerita suaminya.
Ali
bertekad menghadap Rasulullah. Saat kaki memasuki pintu masjid, sambutan hangat
langsung datang dari Rasulullah. Nabi melempar senyum dan salam, lalu bertanya,
“Hai Ali, kau yang akan memberiku khabar, atau aku yang akan memberimu khabar?”
“Sebaiknya
Engkau, ya Rasulullah, yang memberi khabar kepadaku.”
“Tahukah
kamu, siapa orang Badwi yang menjual unta kepadamu dan orang Badwi yang membeli
unta darimu?”
“Allah
dan Rasul-Nya tentu lebih tahu,” sahut Ali memasrahkan jawapan.
“Sangat beruntung kau, wahai Ali. Kau telah memberi pinjaman
kerana Allah seharga enam dirham, dan Allah pun telah memberimu tiga ratus
dirham, 50 kali lipat dari tiap dirham. Badwi yang pertama adalah malaikat
Jibril, sedangkan Badwi yang kedua adalah malaikat Israfil (dalam riwayat lain,
malaikat Mikail).”
Kisah dari kitab “al-Aqthaf ad-Daniyah” ini menggambarkan betapa ketulusan Ali dalam menolong sesama telah membuahkan balasan berlipat, bahkan dengan cara dan hasil di luar dugaannya.
Kisah dari kitab “al-Aqthaf ad-Daniyah” ini menggambarkan betapa ketulusan Ali dalam menolong sesama telah membuahkan balasan berlipat, bahkan dengan cara dan hasil di luar dugaannya.
Keluasan
hati isterinya, Fatimah r.a, untuk menerima keterbatasan juga melengkapi kisah
kebersahajaan hidup keluarga ini. Dokongan penuh dari Fatimah telah menguatkan
sang suami untuk tetap bermanfaat bagi orang lain, meski untuk sementara waktu
mengabaikan kepentingannya sendiri: makan. (Mahbib Khoiron)
ConversionConversion EmoticonEmoticon